Monday, January 5, 2009

Tok Guru Tidak Hadir



Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, sebagai calon Pas tidak mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Kelantan itu tidak turut serta pada hari penamaan calon yang berlangsung di Stadium Negeri dekat sini semalam.

Perpecahan antara golongan sekular dan golongan ulamak tampak begitu ketara sekali, apabila kehadiran Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilihat sekadar memenuhi syarat sahaja.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun cuba menafikan perpecahan yang berlaku dalam Pas, apabila memberitahu media Nik Abdul Aziz tidak dapat hadir ke pusat penamaan calon kerana masalah kesihatan.

“Saya diberikan amanah oleh parti supaya menentukan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini. Pemilihan ini dibuat berdasarkan senarai calon berwibawa dikemukakan.

“Pemilihan Wahid Endut kerana beliau memiliki keistimewaannya, kerana beliau sudah lima kali menang dan merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu, sewaktu pemerintahan Pas,” katanya.

Jika masalah kesihatan dijadikan alasan Pas, persoalannya mengapa pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini Nik Abdul Aziz sanggup hadir walaupun bertongkat?

Mengulas mengenai calon Pas, Abdul Hadi berkata diantara senarai calon yang dikemukakan, Mohd Abdul Wahid dilihat paling berpengaruh dan mepunyai ramai sokongan berbanding calon lain.

Katanya pemilihan calon berpengaru amat penting kerana Pas tidak mempunyai kekuatan media seperti mana Barisan Nasional (BN).

Bagaimana pun bagi pemerhati politik, Pas tidak boleh menyembunyikan lagi perpecahan yang berlaku, apabila kehadiran pemimpin Pas daripada negeri Kelantan tidak ramai.

Malah Husam juga dilihat tidak duduk semeja dengan Abdul Hadi dan Timbalan Presidean Pas, Nasaruddin Mat Isa, beliau lebih banyak menyendiri.

No comments:

Post a Comment