Thursday, July 30, 2009

Nik Aziz Sudah Terpesong

KUALA LUMPUR: Sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno diumpamakan mahu menghancurkan orang Melayu yang beragama Islam.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Hasan Hamzah, berkata tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Nik Aziz sudah keterlaluan mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi meraih sokongan, sebagai seorang yang berstatus 'tok guru' kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar.

"Pas dan Umno perlu melupakan segala persengketaan lama, berpadulah demi kemajuan ekonomi umat Islam dan juga penyebaran dakwah Islamiah, kerana Islam melarang umatnya berpecah," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan salam perpaduan dihulurkannya hanya untuk Kerajaan Pusat dan bukannya Umno.

Nik Aziz turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat iaitu 'pergi jahanamlah Umno' pada sidang medianya di Kota Bharu, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata sebagai seorang berlatar belakang agama, tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian, apatah lagi Kerajaan Pusat ketika ini adalah di bawah Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.

"Ini adalah sesuatu yang tak manis lahir daripada seorang tok guru, saya hairan bagaimana dia (Nik Aziz) boleh membezakan antara Kerajaan Pusat dan Umno sedangkan Kerajaan Pusat ini didukung dan ditunjangi oleh Umno, jadi nampaknya seolah-olah dia pokok tak mahu tapi buah nak makan.

"Nampak macam tak ada keikhlasan, nak berbaik kerana nak duit, nak projek... tapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri kepada Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden Umno, nak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam Umno, ini satu celaan terhadap parti (Umno)," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, pula berkata sudah tiba masanya Umno tidak lagi menghulurkan salam perpaduan dengan Pas kerana Umno tidak boleh bersikap 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan 'salam' beliau hanya kepada kerajaan Pusat dan bukannya antara Pas dan Umno adalah sebagai tindakan seorang yang `sangat kecewa'.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Nik Aziz perlu meluaskan pemikirannya untuk bekerjasama dengan Umno kerana pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat di Dewan Undangan Negeri itu mahukan pembangunan.

Prof Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata setiap langkah bagi sesuatu permulaan baik sama ada perpaduan Melayu atau hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat mesti dimulai dengan cara dan perkataan baik dan bukannya kata-kata kesat.

"Bagaimana hubungan kerajaan Pusat yang dikuasai Umno dan BN dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas boleh bertambah baik, jika kata-kata kesat dilempar dan dalam masa sama mahu bantuan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan kenyataan Nik Aziz sebagai seorang yang jahil.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata adalah lebih baik kepemimpinan Umno memberi tumpuan kepada usaha memulihkan imej parti itu daripada memikirkan kerjasama dengan Pas.

Sunday, July 19, 2009

Kemuliaan Nik Aziz Semakin Hilang


Selepas parti yang menakluki Kelantan lebih 18 tahun iaitu Pas mengalami kemenangan tipis pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Kuala Krai, pemimpin Pas terkedu dan terdiam seketika.

Jika sebelum ini Pas dengan angkuhnya mengatakan meraka adalah "Government In The Waiting" yang bakal menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang, kemenangan calon mereka dengan 65 undi mengatasi BN membuatkan pemimpin Pas berhenti bercakap seketika.

Lebih menarik Husam Musa yang terkejut dengan kemenangan tipis itu berkata: beliau tidak menduga Pas akan menang kerana menyangkakan Pas akan kalah," Husam cuba menyembunyikan keangkuhan mereka sebelum ini yang menganggap Manek Urai sebagai kubu kuat mereka.

Memang tidak dinafikan Manek Urai Kubu Kuat Pas, tetapi kubu kuat itu hampir terburai..apatah lagi Pas yang pada awalnya mensasarkan kemenangan dengan majoriti besar melebihi 2,000 undi.

Jika kita amati...pada PRK Parlimen Bukit Gantang, Perak dan PRK Kuala Terengganu, kemenangan Pas agak selesa berbanding PRK Manek Urai.

Persoalannya, apakah pengundi di Kelantan sudah mula muak dengan cakap-cakap Pas dan janji kosong parti itu yang gagal dikotakan dan rakyat terus melarat....

Nampaknya rakyat Kelantan mula sedar dan mereka mahukan pembaharuan....

Rakyat Kelantan sudah lama menderita dibawah kepemimpinan Pas yang gagal membawa sebarang perubahan kepada mereka...

Jika kita bertanya tentang pembangunan...Pas kata mereka sudah bawa pembangunan..iaitu Tesco, KB Mall yang menjadi kayu ukur pembangunan mereka.

Kelantan mula menolak Nik Abdul Aziz....BN perlu merebut peluang ini dan pengundi Pas sebelum ini sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan.