Tuesday, January 20, 2009

Pesanan buat Wahid Endut

1.Tahniah kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut, yang mendapat mandat daripada rakyat Kuala Terengganu, bagi memikul tanggung jawab sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

2.Ingat YB bukan kecil tanggung jawab itu, janganlah YB dok tambah dosa lagi dengan mengabaikan segala tanggung jawab kepada rakyat. Jika sebelum ini YB gagal menjalankan tanggung jawab sebagai Adun Wakaf Mempelam bagaimana pula dengan yang ini.

3.Jangan pula YB hidup senang, rumah semakin besar, pagar semakin tinggi, tetapi rakyat terus merana, terus dihimpit kemiskinan. Jangan pula YB salahkan kerajaan kerana ia adalah tanggung jawab YB.

4.YB masuk Parlimen janganlah dok berlagak sombong, nak jadi "lembu sabung" Pas, kerana ramai "ayam sabung" Umno dok menunggu kedatangan YB.

5. YB bila dah menang tu janganlah pula usulkan pembinaan ladang babi mega di Kuala Terengganu pula.

6. Apapun YB pikul amanah untuk memastikan lebih 30,000 pengundi yang pangkah YB baru-baru ini masuk syurga bila mati nanti. Sebab orang YB sudah kata pangkah Pas masuk syurga. Jadi ingat-ingatlah YB.

Tuesday, January 6, 2009

Sokong Pas, sokong pembinaan ladang babi, penjualan arak.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, cuba mencabul hak mutlak orang Melayu apabila mahu orang Cina ditempatkan di UiTM.

Sebelum itu, beliau juga turut mempertahankan pembinaan ladang babi mega di Selangor dan penjualan arak.

Sementara itu Pas pula melaungkan slogan "Membangun Bersama Islam" untuk mengakkan agama Islam kononya, bergabung dibawah Pakatan Pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baru.

Sejauh mana Islam akan ditegakkan bersama mereka, sedangkan awal-awal lagi DAP memberi amaran bahawa mereka menolak pelaksanaan hukum hudud dan qisas.

Menyokong perjuangan Pas berdosa, kerana menyokong pembinaan ladang babi mega dan penjualan arak di Selangor.

Umat Islam menyokong Pas adalah berdosa.

Monday, January 5, 2009

Tok Guru Tidak Hadir



Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, sebagai calon Pas tidak mendapat restu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini terbukti apabila Menteri Besar Kelantan itu tidak turut serta pada hari penamaan calon yang berlangsung di Stadium Negeri dekat sini semalam.

Perpecahan antara golongan sekular dan golongan ulamak tampak begitu ketara sekali, apabila kehadiran Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilihat sekadar memenuhi syarat sahaja.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagaimanapun cuba menafikan perpecahan yang berlaku dalam Pas, apabila memberitahu media Nik Abdul Aziz tidak dapat hadir ke pusat penamaan calon kerana masalah kesihatan.

“Saya diberikan amanah oleh parti supaya menentukan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini. Pemilihan ini dibuat berdasarkan senarai calon berwibawa dikemukakan.

“Pemilihan Wahid Endut kerana beliau memiliki keistimewaannya, kerana beliau sudah lima kali menang dan merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu, sewaktu pemerintahan Pas,” katanya.

Jika masalah kesihatan dijadikan alasan Pas, persoalannya mengapa pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, baru-baru ini Nik Abdul Aziz sanggup hadir walaupun bertongkat?

Mengulas mengenai calon Pas, Abdul Hadi berkata diantara senarai calon yang dikemukakan, Mohd Abdul Wahid dilihat paling berpengaruh dan mepunyai ramai sokongan berbanding calon lain.

Katanya pemilihan calon berpengaru amat penting kerana Pas tidak mempunyai kekuatan media seperti mana Barisan Nasional (BN).

Bagaimana pun bagi pemerhati politik, Pas tidak boleh menyembunyikan lagi perpecahan yang berlaku, apabila kehadiran pemimpin Pas daripada negeri Kelantan tidak ramai.

Malah Husam juga dilihat tidak duduk semeja dengan Abdul Hadi dan Timbalan Presidean Pas, Nasaruddin Mat Isa, beliau lebih banyak menyendiri.

Apakah BN Tolak Agama?

180 Pelajar Perintis MRSM Ulul Albab

Pengambilan pelajar tingkatan satu dalam jurusan agama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Besut Terengganu, merupakan perintis kearah melahirkan modal insan mahir dalam bidang sains dan agama.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata seramai 180 pelajar perintis aliran itu mula di tempatkan di sekolah berkenaan bermula semalam.

“Kita mendapati walaupun jurusan ini baru diperkenalkan, namun ia mendapat sambutan hangat apabila MRSM terbabit menerima permohonan kira-kira 900 pelajar.

“Untuk mengatasi masalah permohonan itu maka MRSM terpaksa mengadakan temudug dan 180 pelajar layak ditempatkan di sana,” katanya ketika ditemui.

Beliau memberitahu pemberita demikian selapas merasmikan Seminar Keusahawanan Mara, anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri Terengganu di sini semalam.Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Mara, Datuk Idris Jusoh.

Noh berkata, selain MRSM mempunyai aliran agama, Mara juga bakal memperkenalkan MRSM Teknik yang akan menawarkan mata pelajaran aliran teknikal.

Menurut beliau, pembukaannya mampu menawarkan peluang pendidikan kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal.

“Mara mahu berfungsi sebagai sebuah agensi yang bukan sahaja mengembangkan ekonomi Bumiputera, tetapi turut berperanan melahirkan saintis dan juga tokoh agama.

“Sehingga kini Mara mempunyai 40 MRSM diseluruh Negara, manakala tahun ini dua buah lagi MRSM baru akan dibina di Bentong Sarawak dan Bentong Pahang,” katanya.

Selain itu dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang Mara juga turut membina dua universiti, iaitu Universiti Kuala Lumpu (UNIKL) dan Malaysia Jepun Universiti (MAJU).

Saturday, January 3, 2009

Apabila Yang Diludah Terpalit Kemuka Sendiri

PAS dilihat ketandusan isu untuk dijaja menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini, cuba menghangatkan kembali isu lapuk bagi meraih undi.

Seperti dijangkakan walaupun PAS berjanji untuk tidak menyerang peribadi lawan, tetapi jentera PAS mula menyebar fitnah apabila gambar “super impose”calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, disebar secara meluas oleh media PAS.

Malah, kenyataan pemimpin PAS dalam beberapa akhbar dari awal lagi menuduh BN akan “memperkudakan”media yang ada di negara ini, bagi pilihan raya Kuala Terengganu.

Tatkala BN baru sahaja mengatur jentera medianya, PAS lebih awal “memperlembukan” segala media yang milikinya, bagi menabur fitnah dan menyerang peribadi lawan.

Seperti Pilihan Raya Umum ke 12 Mac lalu, segala bentuk media massa mahupun media elektronik, baik akhbar, laman web dan blog dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memburukan BN sehingga melanggar tataetika ditetapkan.

Berbeza dengan BN, mengamalkan sikap sederhana dan tidak menggunakan media untuk menabur fitnah ataupun memburukkan pembangkang, kerana mereka sedar BN sudah mendapat kepercayaan rakyat di Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, sewaktu merasmikan pusat media bagi pilihan raya kali ini, menasihatkan media arus perdana dan media milik BN melaporkan berita tanpa melanggar tataetika ditetapkan.

Apakah PAS menasihatkan pengamal medianya berbuat demikian, ataupun menghalalkan penyebaran fitnah demi kepentingan parti?

Menjelang pilihan raya ini juga, Hudud yang semakin lenyap daripada perjuangan PAS dihangatkan kembali bagi meraih sokongan rakyat Kuala Terengganu.

Slogan “Membangun Bersama Islam” kini tidak kedengaran lagi, mungkin kerana “hubungan baik” terjalin dengan Partai KeAdilan Rakyat (PKR) dan DAP memungkin mereka untuk menegakan Islam.

Manifesto “Kearah Negara Berkebajikan”pastinya akan dicanang lagi pada pilihan raya kali ini. Namun, umpan itu tidak akan mengena,kerana rakyat Terengganu sudah merasai nikmat kebajikan dibawah pentadbiran Kerajaan BN.

Mana tidaknya, bagi rakyat miskin sumbangan wang ihsan diberikan adalah cukup lumayan dan lebih 3,000 buah rumah bagi rakyat miskin, dibina secara percuma bagi membolehkan rakyat meperoleh kediaman sempurna.

Ini semua tidak mungkin dapat dilakukan PAS.

Sepenggal bersama PAS (1999-2004) rakyat sudah merasai penderitaan dan sedar PAS tidak mampu membawa perubahan kepada mereka, kecuali balak ditebang dengan rakusnya bagi memenuhkan poket pemimpin PAS.

Bukan itu sahaja, anak-anak dihalang untuk mendapat pendidikan sempurna, tabika dikunci, sekolah MARA dihentikan dan KUSZA (kini Universiti Darul Iman), dibenarkan ambil pelajar yang mendapat keputusan tercorot asalkan anak ahli PAS.

Jika bercakap soal Islam, secara jelas UMNO memperjuangkan Islam berbanding PAS. Bukankah, bekas Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengistyiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan ini diperakui kesemua kaum.

Tertegaknya Islam dibumi Malaysia adalah kerana keberanian dan kehebatan pemimpin UMNO.

Akibat ketandusan isu, Ketuanan Melayu kini dipersoalkan terutamanya berkaitan Pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), kononya akan menghapuskan Bahasa Melayu.

Persoalannya mengapa kaum lain tidak mempersoalkannya? Kerana mereka sedar manfaat menguasai Bahasa Inggeri.Apakah kita mahu Melayu terus terkebelakang?

Sejak bila PAS pandai berbicara tentang ketuanan Melayu, bukankah mereka ini hanya pandai bercakap pasal Islam sahaja. Siapa yang menghakis ketuanan Melayu sebenarnya?

Jawapannya, adalah pembangkang yang sanggup “memperkotak katikan” ketuanan Melayu bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Siapa yang ingin bukan Melayu turut sama belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) yang sememangnya hak mutlak orang Melayu?

Bukankah itu cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kenapa PAS boleh mempertahankan penjualan arak di Selangor, mengapa Tan Sri Khalid, membenarkan ladang babi dibina? Dan siapa yang mahu azan dikumandangkan dengan perlahan dibumi Selangor?

Jawapan kepada persoalan ini rakyat boleh terjemahkannya dengan memberi kesemua undi kepada BN pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Pas Ulang Cerita Lama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan isu pengundi hantu yang dibangkitkan Pas menjelang Pilihan Raya Kecil, Parlimen Kuala Terengganu, adalah isu lapuk serta tidak lagi relevan.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Nordin Che Ngah, berkata isu pengundi hantu tidak perlu diwujudkan, kerana SPR menjalankan tugas mengikut prosedur ditetapkan.

“Isu pengundi hantu adalah isu lapuk, pengundi hantu sebenanya tidak wujud. Senarai nama pemilih terlebih dahulu dipamerkan bagi tujuan bantahan sekiranya ada.

“Untuk kita mengambil orang baru sebagai pemilih dalam masa yang singkat adalah mustahil. Pendaftaran baru pemilih memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan bagi membolehkan layak mengundi,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sesi taklimat dan penerangan kepada pihak media, di Wisma Persekutuan dekat sini semalam.

Nordin berkata, biasanya mereka yang dianggap sebagai pengundi hantu, adalah pengundi mendaftar dalam kawasan terabit, tetapi tidak menetap di dalam kawasan berkenaan.

Menurutnya, baliau kurang faham dengan tindakan segelintir penyokong parti yang sanggup menahan bas pengundi dan mendakwanya sebagai pengundi hantu.

Sementara itu, beliau berkata lebih 1300 pengudi pos akan membuang undi pada pilihan raya kecil kali ini, daripada jumlah itu lebih 300 pengundi pos adalah kakitangan SPR yang betugas, 27 tentera dan selebihnya Polis.

“Oleh itu setiap parti perlu memahaminya dan jangan pula menimbulkan isu kononnya SPR menambah bilangan undi pos. Undi pos akan dikeluarkan sebelum proses pembuangan undi 17 Januari.

“Dakwaan kononnya undi pos adalah bertujuan untuk membantu calon tertentu adalah tidak berasas, proses pengiraan undi pos agak lambat berbanding undi biasa adalah disebabkan borang 2 yang dikepilkan sekali dengan undi pos,” katanya.

Menurur Nordin, pada pilihan raya kecil kali ini sebanyak 36 pusat pengundiaan akan dibuka, membabitkan 143 tempat pengundian disediakan bagi proses pembuangan undi.Tamat.

Undi BN Hidup Terjamin



Hakikatnya UMNO dan Pas adalah satu parti saling memerlukan...oleh itu undilah Barisan Nasional (BN).