Tuesday, January 20, 2009

Pesanan buat Wahid Endut

1.Tahniah kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut, yang mendapat mandat daripada rakyat Kuala Terengganu, bagi memikul tanggung jawab sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

2.Ingat YB bukan kecil tanggung jawab itu, janganlah YB dok tambah dosa lagi dengan mengabaikan segala tanggung jawab kepada rakyat. Jika sebelum ini YB gagal menjalankan tanggung jawab sebagai Adun Wakaf Mempelam bagaimana pula dengan yang ini.

3.Jangan pula YB hidup senang, rumah semakin besar, pagar semakin tinggi, tetapi rakyat terus merana, terus dihimpit kemiskinan. Jangan pula YB salahkan kerajaan kerana ia adalah tanggung jawab YB.

4.YB masuk Parlimen janganlah dok berlagak sombong, nak jadi "lembu sabung" Pas, kerana ramai "ayam sabung" Umno dok menunggu kedatangan YB.

5. YB bila dah menang tu janganlah pula usulkan pembinaan ladang babi mega di Kuala Terengganu pula.

6. Apapun YB pikul amanah untuk memastikan lebih 30,000 pengundi yang pangkah YB baru-baru ini masuk syurga bila mati nanti. Sebab orang YB sudah kata pangkah Pas masuk syurga. Jadi ingat-ingatlah YB.

2 comments:

  1. Sokonglah pas kerana dengan menyokong pas, rempit dan dadah akan lenyap daripada bumi malaysia

    ReplyDelete
  2. Buat Pas Kuala Terengganu, apakah anda fikir di Kelantan sudah bebas daripada semua itu sejak lebih 18 tahun dibawah Pas, fikir dan renungkanlah.

    ReplyDelete