Thursday, July 30, 2009

Nik Aziz Sudah Terpesong

KUALA LUMPUR: Sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno diumpamakan mahu menghancurkan orang Melayu yang beragama Islam.

Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Hasan Hamzah, berkata tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Nik Aziz sudah keterlaluan mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi meraih sokongan, sebagai seorang yang berstatus 'tok guru' kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar.

"Pas dan Umno perlu melupakan segala persengketaan lama, berpadulah demi kemajuan ekonomi umat Islam dan juga penyebaran dakwah Islamiah, kerana Islam melarang umatnya berpecah," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan salam perpaduan dihulurkannya hanya untuk Kerajaan Pusat dan bukannya Umno.

Nik Aziz turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat iaitu 'pergi jahanamlah Umno' pada sidang medianya di Kota Bharu, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata sebagai seorang berlatar belakang agama, tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian, apatah lagi Kerajaan Pusat ketika ini adalah di bawah Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.

"Ini adalah sesuatu yang tak manis lahir daripada seorang tok guru, saya hairan bagaimana dia (Nik Aziz) boleh membezakan antara Kerajaan Pusat dan Umno sedangkan Kerajaan Pusat ini didukung dan ditunjangi oleh Umno, jadi nampaknya seolah-olah dia pokok tak mahu tapi buah nak makan.

"Nampak macam tak ada keikhlasan, nak berbaik kerana nak duit, nak projek... tapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri kepada Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden Umno, nak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam Umno, ini satu celaan terhadap parti (Umno)," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, pula berkata sudah tiba masanya Umno tidak lagi menghulurkan salam perpaduan dengan Pas kerana Umno tidak boleh bersikap 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan 'salam' beliau hanya kepada kerajaan Pusat dan bukannya antara Pas dan Umno adalah sebagai tindakan seorang yang `sangat kecewa'.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Nik Aziz perlu meluaskan pemikirannya untuk bekerjasama dengan Umno kerana pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat di Dewan Undangan Negeri itu mahukan pembangunan.

Prof Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata setiap langkah bagi sesuatu permulaan baik sama ada perpaduan Melayu atau hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat mesti dimulai dengan cara dan perkataan baik dan bukannya kata-kata kesat.

"Bagaimana hubungan kerajaan Pusat yang dikuasai Umno dan BN dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas boleh bertambah baik, jika kata-kata kesat dilempar dan dalam masa sama mahu bantuan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan kenyataan Nik Aziz sebagai seorang yang jahil.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata adalah lebih baik kepemimpinan Umno memberi tumpuan kepada usaha memulihkan imej parti itu daripada memikirkan kerjasama dengan Pas.

Sunday, July 19, 2009

Kemuliaan Nik Aziz Semakin Hilang


Selepas parti yang menakluki Kelantan lebih 18 tahun iaitu Pas mengalami kemenangan tipis pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai, Kuala Krai, pemimpin Pas terkedu dan terdiam seketika.

Jika sebelum ini Pas dengan angkuhnya mengatakan meraka adalah "Government In The Waiting" yang bakal menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang, kemenangan calon mereka dengan 65 undi mengatasi BN membuatkan pemimpin Pas berhenti bercakap seketika.

Lebih menarik Husam Musa yang terkejut dengan kemenangan tipis itu berkata: beliau tidak menduga Pas akan menang kerana menyangkakan Pas akan kalah," Husam cuba menyembunyikan keangkuhan mereka sebelum ini yang menganggap Manek Urai sebagai kubu kuat mereka.

Memang tidak dinafikan Manek Urai Kubu Kuat Pas, tetapi kubu kuat itu hampir terburai..apatah lagi Pas yang pada awalnya mensasarkan kemenangan dengan majoriti besar melebihi 2,000 undi.

Jika kita amati...pada PRK Parlimen Bukit Gantang, Perak dan PRK Kuala Terengganu, kemenangan Pas agak selesa berbanding PRK Manek Urai.

Persoalannya, apakah pengundi di Kelantan sudah mula muak dengan cakap-cakap Pas dan janji kosong parti itu yang gagal dikotakan dan rakyat terus melarat....

Nampaknya rakyat Kelantan mula sedar dan mereka mahukan pembaharuan....

Rakyat Kelantan sudah lama menderita dibawah kepemimpinan Pas yang gagal membawa sebarang perubahan kepada mereka...

Jika kita bertanya tentang pembangunan...Pas kata mereka sudah bawa pembangunan..iaitu Tesco, KB Mall yang menjadi kayu ukur pembangunan mereka.

Kelantan mula menolak Nik Abdul Aziz....BN perlu merebut peluang ini dan pengundi Pas sebelum ini sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan.

Monday, May 25, 2009

Nizar MB Mahkamah

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah" patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata, oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnya gelaran itu diberikan kepada bekas Menteri Besar Perak itu dan bukan dirinya.

"Proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lalu bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Terdahulu Zambry mengadakan perjumpaan dengan dua orang perenang Selat Inggeris, Zahra Ma'soumah dan Salman Ali Shariati Abdul Halim di pejabatnya di sini. Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telah pun diputuskan oleh mahkamah. Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam bahawa langkah itu adalah pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satu-satunya jalan menentukan kerajaan mana yang ada majoriti.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan menyumbang RM30,000 bagi menampung kos perjalanan Zahra Ma'soumah, 18, dan Salman Ali Shariati, 12, yang akan berenang merentasi Selat Inggeris pada awal Julai ini serta anggota pengiring projek renangan berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda komitmen dan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha dua anak Perak itu yang telah pun mencatatkan beberapa kejayaan dalam bidang renangan sebelum ini.

Dua beradik itu sebelum ini berenang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 43 kilometer pada 2007 dan dari Pulau Pangkor ke Lumut sejauh 8.9 kilometer pada 2006. Salman Ali adalah pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Anglo Chinese di sini manakala Zahra Ma'soumah yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Convent Ipoh, akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Julai ini.

Bapa mereka, Abdul Halim Abdul Manaf, 49, seorang pensyarah di UiTM Seri Iskandar dekat sini meramalkan renangan Selat Inggeris dari Dover, England ke Calais, Perancis sejauh 38 kilometer dalam keadaan cuaca sejuk itu akan mengambil masa 14 jam.

Thursday, March 26, 2009

Nik Aziz halal fitnah

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan memfitnah sudah tidak boleh dielakkan lagi dalam dunia politik tanah air.

Katanya, penggantungan akhbar yang menjadi suara parti Pas, Harakah dan juga penggantung Suara Kedadilan katanya, tidak mampu menyelesaikan masalah dan perbuatan menfitnah.

Sebaliknya, fitnah ataupun tuduhan yang dilemparkan terhadap pemimpin Umno melalui akhbar itu perlu ditangkis dan dijawab sebaik mungkin oleh pemimpin Umno.

Apakah Nik Abdul Aziz yang berstatus "Tok Guru" tidak tahu akan hukum perbuatan fitnah itu satu dosa besar, lebih besar daripada perbuatan membunuh dan bukankah perbuatan fitnah boleh merosakkan Ummah.

Sunday, February 22, 2009

Bila Datuk Him Marah


Menarik betul bila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencabar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, supaya meletak jawatan bagi membuktikan keupayaan.

Amboi...tak kan Tok Guru dah marah kat "abang him" kita ni, dulu tok guru juga yang sokong dia, malah tok guru seronok bila lihat dia jadi "ayam sabung" baru Pas bagi menghentam Barisan Nasional (BN).

Kenapa marah kan dia, salah kah dia menegur akan kesilapan yang dilakukan Pas, dah memang perangai dia bertanding atas tiket "bebas", jadi abag him berhak la mengur mana-mana parti yang dia rasa nak tegur.

Sebenarnya apa masalah tok guru ni, nak suruh abg him letak jawatan, apa kaitannya dengan Pas. Dia bertanding atas tiket bebas bukan atas tiket Pas. Sepatutnya ia tidak jadi "kudis gatal" kepada tok guru.

Ataupun tok guru lupa, berapa banyak RM yang abg him dah bagi kat calon Pas yang bertanding kat Pasir Mas.

Wednesday, February 18, 2009

Soal Jawab

Soalan: Mengapa Penasihat Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggup mempertahankan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, walaupun terbukti beliau terlibat dengan skandal moral?

Jawapan: Kerana Anwar pun bukan baik moralnya.

Soalan: Kenapa Anwar menuduh Barisan Nasional (BN)?

Jawapan: Dah nak tuduh sapa lagi dah itu musuh dia, walaupun mungkin DAP buat dia tetap kata BN.

Soalan: Mengapa Anwar perlu tuduh BN?

Jawapan: Sebab Anwar dah takut, dia takut kehilangan Selangor pula. Baru ni dah hilang Perak.

Soalah: Kenapa Anwar sanggup memfitnah?

Jawapan: Dah memang perangai dia macam tu, dalam Umno dulu berapa ramai pemimpin Umno jadi mangsa politik Anwar, salah seorangnya Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Friday, February 6, 2009

Sudahlah Tok Guru

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan pembentukan kerajaan baru di Perak adalah haram. Mengapa harus haram saya pun kurang pasti.

Mungkin dianggap haram kerana wakil rakyat PKR dan DAP lompat parti menyertai Barisan Nasional (BN). Nik Aziz kata ia perlu diadakan pilihan raya supaya rakyat yang menentukan.

Tetapi "halal" pula bila Pas, PKR dan DAP yang mengajak ahli Parlimen BN melompat parti menyertai pakatan mereka bagi membentuk kerajaan baru. Siapa yang sebenarnya memulakan drama untuk tidak menghormati kuasa rakyat... fikirkanlah....